Wednesday, 22 May 2013

HLP DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA

Assalamualaikum...

Dua minggu yang lepas, Nad terbukak laman web KPM dan ternampak iklan cuti belajar. Tetiba ke semangat nak sambung belajar.Walhal sebelum ni memang tak ada hati pun nak sambung belajar. Duduk di dalam comfort zone kot..Tapi mungkin jugak dah dibukakan hati.

So Nad pun isi la borang online. Tarikh tutup online pada 19 Mei. Borang-borang pun dah selamat diposkan tadi. 

HLP dan CBBP tanpa biasiswa ini adalah bagi sesi pembelajaran 2014. Tapi ini baru step pertama. Jika terpilih, ada satu sesi interview yang perlu dihadiri. Semasa interview ni calon perlu membawa satu proposal penyelidikan. Menurut sumber risikan( risikan sangat la), sesi ini sangat la mencabar..huhu..mampukah??.Hoho..ingat sesukanya kah nak beri kamu peluang berpoya2 keluar dari sekolah selama 2 tahun macam tu je? gaji penuh tau..kalau HLP lagilah ditanggung beres. Lepas berjaya barulah dapat tawaran. So lepas tu la baru cari universiti pulak.

Nak kata tak berharap pun tipu la pulak..Tapi tak nak la terlalu berharap sebab masa Nad pergi ke JPS untu mintak tandatangan borang, berbual la dengan cikgu yang sama mintak jugak..Dah kali ketiga dan tak pernah sampai ke peringkat interview pun..Adakah yakin boleh dapat pada percubaan pertama ini..Doakanlah..

Maka misi semasa cuti sekolah adalah untuk mencari bahan membuat proposal..Kalau tak dapat pun, simpanan untuk permohonan akan datang pulak. Nak tau Nad mintak course apa? huk!huk! malu la i..xpe la nanti kalau berjaya Nad share ye...

Sekian.


Tuesday, 21 May 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Assalammualaikum

Setelah hampir 3 minggu exam start, akhirnya baru hari ni giliran my paper. Maklumlah... kertas ekonomi asas kan paper paling last kalau masa SPM pun..So kena marking dalam cuti la jawabnya.. plus kertas maths lagi..huk!huk! (ada tak orang boleh sub kontrak marking paper?)

Subjek EA ditawarkan pada students aliran sastera. Ada 2 kelas je yang ambik. So susahlah nak harap ramai yang lulus pun.Kalau bagi soalan bocor pun belum tentu boleh jawab lagi.. Sabar jelah..

Caiyok Nad.. Selamat memarking..